Apabila Ilmu pada seseorang salik telah terbukti kebenarannya maka dia akan takut, jika benar akan rasa takutnya dia akan berlari dan jika ia berlari dia Selamat.
Apabila telah terbit sinar yakin didalam qalbunya, dia akan menyaksikan Keutamaan, maka itulah tauhidnya.
Dan Apabila Cahaya Ma’rifat telah terang didalam Hatinya, berhembuslah Angin cinta dan jika angin cinta telah berhembus serta berada dalam bayangan Kekasihnya.. maka dia akan mengutamakan kekasihnya.
Dan apabila engkau berada pada suatu keadaan, dan pada saat itu engkau merasa senang menemui akan Kematian dan merindukannya, maka engkaulah KekasihNya. bersyukurlah kepada Allah atas taufiq dan PenjagaanNya.
Ketahui tanda ma’rifatullah:

1.Takut- cabangnya ilmu- tandanya lari, semakin ia tawadhu akan ketentuanNya.

2.Harap- cabangnya yakin- tandanya mencari. Ihram tercengang dalam musyahadah dan muraqabah.

3.Cinta- cabangnya Ma’rifat- tandanya mengutamakan yang di cintainya diatas selainNya. Mahabbah rahman rahim lakunya.

Iklan